Selasa, 14 Julai 2009

Nur Ilyana Nisa

Nur Ilyana Nisa dilahir pada 25 Oktober 2008 (8.30 mlm). Nisa lahir di Hospital Sungai Buloh. Alhamdulillah masa nak lahirkan dia aku sakit sekejab je. 20 minit. Percaya tak? Inilah kuasa Tuhan bagi kat aku.

Nisa sekarang dah pandai merangkak, memanjat dan yang paling dia suka buat sekarang nie ialah mengemas. Bab tu bagilah dia. Gerenti tak nampak simen rumah!

Hobi Nisa buat masa sekarang yang umi dia tahu adalah MAKAN. Dia akan makan apa saja yang orang suap pada dia. Masa lapang dia merasa bahagia kalau bersama uminya. Apa lagi mengempenglah jawabnyer. Almaklumlah dia ni minum susu cap gantung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan