Ini anak aku yang nombor 3. Anak aku yang sorang ni suka bergaya. Nak yang cantik aje. Nak baju cantik. Nak rambut cantik. Segala-galanyalah yang cantik...
Irin nama timbangannya. Dia dilahirkan pada 24 Julai 2006. Alamak! Hari jadi dia minggu depanlah. tak prepair apa-apa lagi pun untuk dia. Minah ni pulak keluar dari perut maknya pada pukul 4.30 petang di Hospital Selayang. Terima kasih warga kerja hospital Selayang... Best juga bersalin kat sini sebab makanannya suma sedap-sedap. he he ingat makan ajer.
Dari pandangan mata maknya aku melihat dia seorang yang penyabar orangnya. Suka mengalah walaupun kuat cenggeng.
Ayah dan uminya paling takut kalau bawa dia gi soping. Tak de mana yang dia tuju. Kalau dia nampak kedai jual getah rambut ker, kedai skap ke, kedai mekap ke. tak leh nak lari dahh... Dia dah berlari ke sana. sok besar leh jadi modellah ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan